picasion.com

May 29, 2020

VUCA World (Volatile Uncertainty Complex Ambiguous )

Di akhir-akhir ini, ungkapan ketidakpastian  kian kerap  dibincangkan, baik di kalangan ahli perniagaan, usahawan, professional, hingga ke pemandu teksi.  Dan ketidakpastian tersebut berkadar langsung dengan keresahan berbagai pihak, khususnya rakyat jelata..
.
Sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Albert Einstein bahwa “uncertainty is part of reality” yang maknanya adalahketidakpastian adalah sebahagian dari kenyataan”. Benar setiap perubahan sudah tentu membawa ketidakpastian, dan nyatanya ketidakpastian itu sendiri adalah sesuatu yang pasti terjadi.
.
Apa yang harus kita lakukan terhadap ketidakpastian ini?

Apakah dengan terus mengeluh dan menyalahkan keadaan, menyelesaikan masalah?
.
Keadaan dunia hari ini disebut sebagai VUCA, singkatan dari Volatile yang bermakna sementara dan berubah-ubah, Uncertainty yang bererti tidak pasti, Complex yang diterjemahkan sebagai rumit, dan Ambiguous yang ditafsirkan dengan ambigu alias multi tafsir.
.
Sehingga keadaan VUCA adalah keadaan yang dianggap “normal” masa ini, dengan kata lain jangan hairan, jangan takut dan jangan bimbang bahwa ketidakpastian sekarang adalah sesuatu yang normal.
.
Jadi bagaimana cara merespon ketidakpastian yang sekarang  dianggap normal itu?
.
Berikut adalah langka-langkah  untuk menghadapi sesuatu yang tak pasti, langkah tersebut bernama VUCA, jadi keadaan VUCA kita atasi dengan langkah VUCA juga, bezanya adalah VUCA sebagai langkah untuk menghadapi ketidakpastian merupakan singkatan dari beberapa cara iaitu:
1V bererti Vision bererti visi atau pandangan jauh ke depan untuk mengatasi keadaan Volatile atau perubahan yang sementara dan cepat.
Langkah yang pertama terbukti sangat berkesan, penelitian yang dilakukan oleh Jack Canfield membuktikan 75% orang yang berjaya adalah mereka yang memiliki visi yang jelas. Intinya ketika kita memiliki Visi yang jelas, jangan sekali-kali mengalah dengan Visi itu jika terjadi perubahan yang mendadak, tetapi berkompromi  dengan cara mencapai Visi ituMaka dengan demikian Visi yang jelas ini akan berfungsi sebagai pemandu jalan mencapai harapan sekaligus landasan yang kuat ketika berlaku keadaan Volatile.
2U bermakna Understanding atau pemahaman untuk mengatasi situasi Uncertainty atau ketidakapastian.
Langkah yang kedua ini sungguh digalakkan ketika ketidakpastian datang silih berganti, dengan pemahaman yang menyeluruh terhadap situasi itu, maka apapun ketidakpastian yang terjadi boleh diatasi.Dengan pemahaman yang kuat, akan membuat kita semakin percaya bahwa pada setiap perubahan tersembunyi peluang untuk kemajuan, gunakan peluang dengan pemahaman yang baik serta pengetahuan yang selalu diperbarui.
3C untuk Clarity atau ketajaman atau kejelasan, langkah yang ketiga ini sangat sesuai digunakan untuk mengatasi keadaan  Complex atau rumit.
4A bererti Agility atau kelincahan dan  ketangkasan. Langkah yang keempat ini memang sangat sesuai untuk mengatasi keadaan Ambiguous..
Ketika keadaan  berubah menjadi ambigu dan sulit untuk ditafsirkan apa makna dibalik ketidakpastian tersebut, kelincahan bergerak adalah cara paling tepat untuk bergerak balas dengan  apapun makna dari keadaan yang ambigu tersebut.Langkah keempat ini bermakna bahawa setelah ketiga langkah di atas anda lakukan maka kini saatnya berfokus kepada tindakan alias action, ya kerana hanya tindakan yang akan menimbulkan kesan.
.
Ya memang hanya dengan ketajaman maka segala kompleksiti yang ada dalam situasi yang tidak pasti boleh dihurai satu per satu. Ketajaman ini hanya akan kita perolehi ketika 2 langkah di atas anda praktikkan secara berterusan.
.
Maka mulai saat ini, kita tidak perlu resah dan gelisah dengan berbagai macam ketidakpastian, gunakan Langkah-langkah  VUCA untuk menghadapi itu semua, dan saksikan keajaiban yang akan terjadi bahwa kita bahkan mampu secara pasti melangkah di tengah-tengah ketidakpastian.
.
Inilah hasil dari Change Management Skill yang harus anda miliki mulai dari sekarang!
.

Selamat Memimpin Perubahan!


~Prof Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak~
Mengurus Perubahan Dalam Dunia VUCA.

May 24, 2020

May 17, 2020

Doa Hari Guru


DOA HARI GURU..
بِسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَحِيمِ
الحَمْدُ لله رَب العَالَمِينَ, وَالصَلاةُ وَ السَلامُ عَلَى سَيدِنَا محمد و عَلَى الِهِ وَ أَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Segala puji dan puja selayaknya untukMu Ya Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., kaum keluarga baginda serta para sahabatnya.
يَا الله يَا حَى يَا قَيوْم
Kami seluruh warga sekolah SMK Undang Rembau ini merafakkan kesyukuran di atas keizinanMu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada tahun ini. Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami untuk menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada tahun ini.
يَا الله يَا رَحْمن يَا رَحِيْم
Kurniakanlah kami kecintaan, keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan sepanjang tahun ini. Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi sekolah kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
اللهم يَا كَرِيْم يَا عَزِيْز
Berkatilah jua usaha-usaha kami, satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim dalam kalangan kami serta kurniakanlah kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda yang bernas, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan di sekolah ini.
اللهم يَا فَتاحُ يَا عَلِيْم
Jadikanlah permulaan tahun ini kebaikan untuk kami, pertengahannya keberkatan dan kesudahannya keampunan dariMu. Seterusnya juga jadikanlah hari-hari yang bakal kami lalui permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan kesudahannya kecemerlangan.

اللهم اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُومًا, وَتَفَرقُنَا مِن بَعْدِهِ تَفَرقًا مَعْصُومًا, وَلا تَجْعَل اللهم فِيْنَا وَلا مَعَنَا وَلا مَن يَتْبَعُنَا شَقِيا وَلا مَطْرُودًا وَلا مَحْرُومًا.
رَبنا ءَاتِنَا فِى الدُنيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَة حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَارِ. وَصَلى الله عَلَى سيدنا محمد وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم, وَالحَمْدُ لله رَب العَالَمِيْن

May 15, 2020

Tema Hari Guru Tahun 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

"BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU"
Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar
dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).
Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa.
Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru.
Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.
Berguru merupakan suatu probes pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini.
Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu.
Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.
Murid yang ada pada hari ini merupakan generali pewaris masa hadapan negara.
Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru
menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu.
Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.
KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ‘ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

May 12, 2020


May 7, 2020

Bahan Rujukan PBPPP Tahun2020

Bahan rujukan untuk guru URESS..Dimohon semua guru URESS memuat turun bahan di bawah sebagai rujukan dan panduan untuk rakan guru..Terima kasih.

May 6, 2020

Surat Panggilan Mesyuarat Panitia kali ke 2 Tahun 2020 : Era Nomal Baharu

Menyuarat melalui Google Meet - #COVID19 mengubah kelaziman  dan mendorong ke era normal baharu..

Bahan Rujukan TS25: Modul 3 - Menerajui Pembelajaran

MODUL  3 - MENERAJUI PEMBELAJARAN:

Modul 3 ini memberi penekanan kepada elemen-elemen penting berkaitan dengan pedagogi guru yang menjana kemenjadian murid. Fokus modul ialah amalan dan pendekatan pedagogi abad ke-21, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi, menggunakan pelbagai gaya pembelajaran, mengaplikasikan pentaksiran berterusan dan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ke arah pembelajaran berkesan. Modul ini juga boleh merangsang transformasi sekolah melalui peningkatan profesionalisme guru dan pembelajaran murid.
.
Bahan rujukan TS25 bagi warga guru URESS untuk dimuat turun.

May 5, 2020

Alhamdulillah..

Admin serta warga URESs ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Hj. Pkharuddin b Hj Ghazali di atas perlantikan sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia yang baharu.Semoga Dato' terus cemerlang di jawatan yang baru dan memberi perkhidmatan yang terbaik serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt..
.
Thank You Allah.

Alhamdulillah..
Admin dan seluruh warga URESS ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Haji Md Fiah bin Md Jamin di atas perlantikan sebagai Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Dato' Hj. Pkharudin bin Hj. Ghazali.. Semoga JPNS akan terus cemerlang di bawah kepimpinan Tn Hj Md Fiah bin Md Jamin serta sokongan semua warga pendidik NS..
.
"Hendak Maju Berusaha"
.
Thank You Allah.

May 3, 2020

The best moments happen when they are unplanned...

"Ikon Kepimpinan HEM 2016 Peringkat Daerah Tampin"

Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top