picasion.com

Sejarah URESS


Sekolah Menengah Undang Rembau telah dibina pada tahun 1951. Dahulunya ia dikenali sebagai Undang Rembau English School ataupun ringkasnya URESS. Sekolah ini merupakan sekolah menengah pertama didirikan di Daerah Rembau. Semenjak ianya ditubuhkan hinggalah tahun 1979, sekolah ini merupakan sekolah aliran Inggeris tetapi dengan terlaksananya Dasar Pelajaran Kebangsaan, ia telah menjadi sekolah aliran  kebangsaan sepenuhnya mulai tahun 1980. Sekolah yang didirikan di kawasan tanah seluas 18 ekar ini berhampiran dengan Pekan Rembau iaitu kira-kira setengah kilometer jaraknya, dikelilingi oleh kampung-kampung Melayu.

Sekolah ini diwujudkan di atas kesedaran masyarakat setempat dan pihak pentadbiran daerah ADO iaitu Tuanku Jaafar dan District Officer bernama Che Mat. Di awal penubuhannya pada 1951 pelajar-pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar yang belajar di Bangunan UMNO (terletak berhampiran dengan Padang Pekan Rembau), dari Sekolah Melayu yang tamat darjah Empat dan juga pelajar-pelajar yang baru masuk ke sekolah. Kelas-kelas yang wujud pada tahun tersebut terdiri daripada Primary 1, Special Matay Class dan Stan-dard 3, 4 dan 5.

Sekolah ini dirasmikan pada tahun 1951 oleh Datuk Undang Hj lpap dan Director of Education V.M.Ris.
Pada ketika ini guru-guru yang mengajar kebanyakannya guru Latihan Normal, dua orang guru lepasan Kirby dan seorang lulusan Raffles College iaitu V.M.Francis ( sebagai Guru Besar ). Antara guru-guru yang mengajar ialah: V.S.Param, M.P Apukutan (mengajar Arithmetic),Miss Dave. Mr Lim Chim Aik, En. Sharudin Ab. Rahman, Mr Santok Singh, Mr Maniam, Mr. Marbeck(rnengajar English), En. Mustapha Karnal (mengajar Art), En. Hashim Wahab (mengajar Wood Work/Metal Work), Miss Bonn Chan Liew, Cik Jamaliah Lisut dan En. Shamsudin Ishak

Seperti yang terdapat pada han ini, pada awal penubuhan sekolah ini, acara-acara sukan seperti kegiatan kokurikulum juga diadakan. Kegiatan sukan ini hanya dapat dijalankan di Padang Pekan Rembau pada tahun-tahun 1951,1952 dan 1953. Padang sekolah mula digunakan pada tahun 1954 hasil daripada gotong royong pelajar sendiri Rumah sukan dinamakan Rumah Hj Ipap, Hj Abd Malek, Lee Phoon dan Parent iaitu sempena nama orang- orang ternama di Rembau. Pelajar-pelajar pada masa itu juga giat menubuhkan badan-badan beruniform sebagai aktiviti kokurikulum  mereka seperti Boys Scout, Girl Guide dan St. John. Di samping pelajar-pelajar juga digalakkan berkecimpung dalam bidang penulisan. Oleh itu, mulai tahun 1953 majalah sekolah diterbitkan setahun sekali dan diberi nama URESIAN. Sebagai penerbitan bulanan bagi mencungkil bakat penulisan pihak sekolah menerbitkan URESIAN HERALD pada tahun yang sama.

Satu perkara yang menarik pada ketika ini ialah penubuhan Badan  Prefect pada tahun 1954. Pemilihan pelajar-pelajar yang menganggotai badan tersebut dibuat secara demokrasi iaitu bentuk pilihanraya, pengundian oleh pelajar-pelajar.

Peperiksaan Oversea School Certificate pertama kali diadakan pada tahun 1955. Bilangan pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut seramai lebih kurang 30 orang. Antaranya ialah tiga orang pelajar perempuan iaitu dua orang pelajar Melayu dan seorang India. Petajar-pelajar ini mengambil peperiksaan di Sek. Men. Tunku Besar Tampin. Mata pelajaran yang diambil pada masa itu iatah Arithmetic, Geornetry, Algebra, English Language, Malay Language, History, Geography, Health Science dan English Literature. Daripada 30 orang pelajar yang menduduki peperiksaan, tiga orang mendapat Gred 2 dan 15 orang mendapat Gred 3.

Undang Rembau Secondary School terus berkembang dari masa ke semasa. Guru-guru dan Pengetuanya silih berganti. Selepas berkhidmat dari tahun 1951 sehingga 1955, URESS mendapat seorang Pengetua baru menggantikan V.M. Francis pada tahun 1956 iaitu En V.Murugesu. En. Murugesu telah berkhidmat sehingga tahun 1962 dan diganti pula oleh En. SK.P.Sivarn sehingga 1969. Pada hari ini Sekolah Menengah Undang Rembau diterajui oleh seorang Pengetua yang dedikasi, bercita-cita besar dan penyayang iaitu Tuan Hj Mohamad Zain b. Sharif yang mula bertugas pada 1 April 1988.

Bangunan-bangunan sekolah semakin banyak dibina. Bermula dari awal penubuhannya yang hanya terdiri daripada satu dua buah bangunan termasuk Bengkel KMT pada tahun 1952 dan Makmal yang dibina, kini terdapat sejurnlah 17 buah bangunan. Tiga daripadanya ialah bangunan dua tingkat dan satu bangunan tiga tingkat.

Ianya lengkap dengan Pejabat , Bilik Guru, Bilik Darjah(36 kelas ), sebuah Dewan Besar, enam buah Makmal Sains , dua buah bengkel  Seni Perusahaan Makmal Sains, dua buah Bengkel sebuah Bilik Kemahiran Hidup, sebuah Bengkel Elektrik, Asrama Lelaki dan Perempuan, Kantin, Padang Bola, Bilik Komputer (1986), GelangangSukan (1986) dan sebuah Lukisan Kejuruteraan .

Oleh kerana proses pembangunan fizikalnya dilaksanakan berperingkat-peringkat, kedudukan bangunan-bangunan inin agak berselerak dan antaranya agak jauh sedikit di antara satu bangunan dengan satu bangunan yang lain. Dengan keadaan fizikal yang ada, lebih memudahkan seseorang Pengetua untuk mentadbir kerana sekolah ini dapat menampung seluruh muridnya pada satu sesi. Suatu ketika dahulu ia diadakan dua sesi persekolahan tetapi mulai tahun 1989 hanya satu sesi sahaja. Di awal penubuhannya hingga 1960, murid-murid sekolah ini berjumlah lebih kurang 900 orang tetapi kini murid-muridnya hampir seramai 1300 orang.

Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga sering bertukar ganti, namun demikian masih terdapat ramai yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun dan termasuk bekas pelajar dari sekolah ini yang kemudian menjadi guru dan mengajar di sekolah ini. Kakitangan akademik sekolah ini bukan sahaja tinggal di kawasan-kawasan persekitaran Rembau tetapi juga menginap di Seremban. Bilangan guru yang mengajar sehingga tahun 1993 ialah seramai 66 orang yang terdiri dari 26 lepasan ljazah, 36 orang Bukan Siswazah, dua orang Guru Sementara dan 2 orang lagi Guru Kontrak.

Untuk rnemperkemaskan hal-hal pentadbiran sekolah dan asrama, Sekolah Menengah Undang Rembau mempunyai 28 orang bilangan pekerja terdiri daripada Kerani, Jurutaip, Penyelia Asrama, Pekerja Rendah Awam, Pembantu Am Rendah, Pembantu Makmal dan Jaga.

Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada pelbagai bangsa. Majoritinya adalah pelajar-pelajar Melayu 84%, diikuti pelajar-pelajar Cina 12% dan India lebih kurang 4%. Kebanyakan daripada mereka datang ke sekolah dengan menaiki bas. Bagi pelajar yang tinggal berhampiran mereka menunggang basikal. Ada juga dengan yang dihantar menaiki kereta, bermotosikal dan van. Kebanyakan mereka tinggal di kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Rendah, Tanjung Sena, Chengkau, Bongek, Senama, Pilin dan lain-lain. Terdapat juga pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan-kawasan FELDA seperti Jelai, Bukit Rokan, Pasoh dan sebagainya.

Kebanyakan pelajar dari FELDA ialah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sewaktu peperiksaan UPSR dan juga pelajar-pelajar  Projek Tunas Cemerlang Sepak Takraw. Sebilangan kecil pelajar-pelajar ini datangnya dari Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Walau bagaimanapun majoriti pelajarnya adalah dan di sekitar Pekan Rembau.

Untuk memperlingkatkan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah ini  di dalam bidang akademik, pihak sekolah menyediakan beberapa kemudahan.  Antaranya ialah Biiik perpustakaan yang luas dan selesa serta mengandungi buku-buku berbagai-bagai bidang untuk baca, dan rujukan pelajar-pelajar . Di samping meletakkan beberapa guru untuk mengelola dan mengawasi perpustakaan, pihak sekolah juga meletakkan seorang Pekerja (Pembantu Am Rendah) untuk memperkemas dan mengurus segala hal ehwal perpustakaan .

Sebuah Bilik Komputer yang berhawa dingin juga telah disediakan untuk kemudahan sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar. Bilik Komputer ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato K.Pathamanaban pada bulan Julai 1986 . Untuk kemajuan sukan pelajar-pelajar, sebuah kompleks sukan juga telah dibina. Kompleks sukan yang di pagar tinggi ini mengandungi gelanggang-gelanggang tenis, sepak takraw  dan bola tampar. Bersebelahan kompleks sukan ini terdapat padang  Bola Jaring untuk memudahkan pelajar-pelajar berlatih. Di hujung padang ini pula didirikan tiga buah rumah guru sebagai tempat tinggal guru-guru dan keluarga mereka. Untuk mempertingkatkan mutu Bola Sepak, sebuah padang seluas empat hektar telah dibina. la bukan sahaja tempat pelajar-pelajar bermain dan berlatih tetapi seringkali  disewa oleh badan-badan lain untuk pertandingan Bola Sepak tetapi  juga mengadakan kejohanan olahraga
Di samping lapangan sukan yang banyak menempa kejayaan, sebuah Bilik Surau juga telah diwujudkan bersebelahan dengan Bilik Kaunseling (sekarang dijadikan pejabat sementara setelah pejabat terbakar pada Jun 1992). Bagi pelajar-pelajar yang mengambil Lukisan, sebuah Bilik Seni diwujudkan bersebelahan dengan kedai koperasi sekolah yang menempa banyak kejayaan. Koperasi sekolah bukan sahaja rnempunyai sebuah mesin fotostat tetapi juga dua buah mesin minuman.

Sebuah Bilik Tayangan dan Bilik Sumber juga disediakan bukan sahaja untuk mernudahkan guru didalam pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga untuk pelajar-pelajar.  Di atas Bilik Tayang dan Bilik Sumber ini dua buah kelas diubahsuai, dijadikan kelas Lukisan Kejuruteraan yang mula diajar kepada pelajar-pelajar pada tahun 1993.

Untuk keselesaan guru-guru yang mengajar di sekolah ini sebuah Bilik Guru telah dibina pada November ini (1992) bagi menggantikan bilik guru yang telah uzur sebelumnya .

Sekolah ini mengadakan perhimpunan semua pelajar dan guru pada setiap hari Isnin di dalam sebuah dewan yang telah didirikan pada tahun 1973. Dewan ini bukan sahaja digunakan pada acara-acara tidak rasmi tetapi juga bagi acara-acara rasmi seperti mengadakan pertandingan-pertandingan, ceramah-ceramah dan sebarang aktiviti.

SEJARAH ASRAMA

Asrama sekolah ini ini mula dibuka pada tahun 1960. lanya diadakan untuk kemudahan pelajar-pelajar di daerah ini yang tinggal jauh. Pada mulanya Asrama ini dikenali dengan asrama desa yang menampung pelajar-pelajar di sekitar Rembau seperti pelajar Sekolah Menengah Undang Rembau, Sekolah Menengah Datuk Sedia Raja dan Sekolah Menengah Vokasional.

Pada tahun 1970 asrama ini tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar-pelajar menyebabkan ianya ditutup. Walau bagaimanapun ianya masih berfungsi dan masih ada pelajar yang sanggup tinggal di asrama. Kebanyakan pelajar ini berdikari sendiri, makan dan minum dimasak sendiri.

Pada tahun 1973 asrama ini dibuka semula dan pentadbirannya disusun semula oleh Pengetua ketika itu, iaitu Tn. Syed Ahmad b. Syed Al-Attas dan dibantu oleh guru asrama . Pada masa itu terdapat layan orang pelajar lelaki sahaja. Usaha-usaha mengiklan kemasukan pelajar-pelajar ke asrama di giatkan. Guru-guru asrama pula diberi kursus intensif yang secukupnya.
Pada tahun 1983 pihak sekolah mula mengambil pelajar perempuan Usaha-usaha dibuat dengan membahagikan bangunan dihadapan untuk pelajar perempuan dengan segala kemudahan.

                                                        SENARAI PENGETUA

Bil

Nama

Tahun Berkhidmat

1

En V.M Francis

       1951 – 1955

2

En V. Murugesu

       1956 – 1962

3

En S.K.P. Sivam

       1962 – 1969

4

En G.M. Thomasz

       1969 – 1973

5

En Mohd Hanif Bin Idris

       1974

6

Tn Syed Ahmad Bin Omar Al – Attas

       1974 – 1975

7

En Ahmad Dahan

       1976

8

En Abu Naim Bin Siran

       1976 – 1979

9

En Abdullah Bin Hj Ludin

       1980 – 1982

10

Tn Hj Abdullah Bin Salleh

       1982 – 1987

11

En Ibrahim Bin Abdullah (Pemangku Pengetua)

       1987 – 1988

12

Tn Hj Mohamad Zaid Bin Sharif

       1988 – 1995

13

Pn Hjh Rohani Bt Mansor

       1995 – 1999

14

Tn Hj Baherin Bin Sihat

       1999 – 2001

15

Tn Abara Ahmad Bin Hj Md Muneer

       2002 – 2004

16

En Mohamad Azwar Iqbal Bin Tahir

       2004 – 2005

17

En Mohd Sah Bin Zainal Abidin

       2005 – 2007

18

Tn Hj Rafiei Bin Hj Mustapa

       2007

19

Tn Hj Md Aris Bin Azis

       2007 – 2008

20

Tn Hj Rafiei Bin Hj Mustapa

       2008 – 2009

21

Datin Hjh Azimah Bt Alis

       2010 – 2011

22

Pn Hjh Aishah Bt Ashaari

       2011 – 2014

23

Tn Hj Mad Amin Bin Mad Yusof

       2014 – 2018

24

En. Jalaludin bin Dzulkafli

2019  -  kini


Berdasarkan perkembangan-perkembangan yang menggalakkan, Sekolah Menengah Undang Rembau sedang menuju ke era yang lebih cemerlang . Pada masa kini satu projek mengindahkan persekitaran sekolah dengan pembinaan kolam dihiasi dengan pokok-pokok yang segar, projek lanskap, mural, dan lain-lain akan dapat rnernberi wadah baru kepada pelajar-pelajar untuk menuju ke arah yang lebih gemilang. Kesungguhan dan kerjasama setiap guru dan pelajar yang silih datang dan pergi dengan inspirasi yang ada Sekolah Menengah Undang Rembau dapat memberi seulas sumbangan kepada pihak Daerah dan negara amnya.
Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top