picasion.com

June 5, 2020

Modul PdPc Maya Semasa PKP..

Latar belakang :
.
Kerajaan telah mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020 . Seterusnya , tempoh PKP telah dilanjutkan kepada beberapa fasa termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei 2020. Sepanjang tempoh ini, kerajaan telah menetapkan bahawa semua institusi pendidikan ditutup termasuk SMK Undang Rembau.
.
Oleh kerana itu PdPc akan berlaku dalam dua kaedah iaitu PdPc di sekolah dan PdPc di rumah. Buat masa ini, tingkatan yang diberi keutamaan untuk dibuka ialah tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang bakal mengambil Peperiksaan SPM dan STPM tahun ini.. Bagi tingkatan – tingkatan yang lain iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 akan dibuka pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh KPM..
.
Prinsip Perakaunan bagi Tingkatan 5 Bukhary akan dilaksanakan dengan cara pembelajaran teradun iaitu gabungan pengajaran bersemuka dan penggunaan teknologi secara dalam talian. 
.
Manakala bagi PdPc yang berlaku di rumah bagi tingkatan 4 Bukhary dan tingkatan 4 Jazari subjek Prinsip Perakaunan dan Matematik Tambahan akan dilaksanakan menggunakan kaedah PdPc yang bersesuaian seperti
(a) pembelajaran dalam talian ( you tube dan portal pembelajaran)
(b) TV pendidikan 
(c) Media Sosial ( Telegram dan Whastapp) 
(d) membekalkan Buku Teks Digital Prinsip Perakaunan dan Add. Math 
(e) memberi latihan dalam buku teks , buku kerja atau disediakan oleh guru bagi murid yang tidak  mempunyai akses Internet.
(f) melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek
(g) menggunakan kaedah serahan bahan PdPc di sekolah.
(h) melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan hasil kerja murid seperti latih tubi dan kuiz google form yang boleh dikemukakan secara dalam talian atau serahan tangan.
(i) melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka dalam talian atau serahan tangan.
.
Disediakan oleh:
Mohammad bin Said
PK Pentadbiran
SMK Undang Rembau
( https://pk1uress.blogspot.com ) 
“HENDAK MAJU BERUSAHA”

Surat Siaran KPM: Bil. 5 Tahun 2020 : Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM

Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah

Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top