picasion.com

May 17, 2020

Doa Hari Guru


DOA HARI GURU..
بِسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَحِيمِ
الحَمْدُ لله رَب العَالَمِينَ, وَالصَلاةُ وَ السَلامُ عَلَى سَيدِنَا محمد و عَلَى الِهِ وَ أَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Segala puji dan puja selayaknya untukMu Ya Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., kaum keluarga baginda serta para sahabatnya.
يَا الله يَا حَى يَا قَيوْم
Kami seluruh warga sekolah SMK Undang Rembau ini merafakkan kesyukuran di atas keizinanMu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada tahun ini. Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami untuk menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada tahun ini.
يَا الله يَا رَحْمن يَا رَحِيْم
Kurniakanlah kami kecintaan, keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan sepanjang tahun ini. Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi sekolah kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
اللهم يَا كَرِيْم يَا عَزِيْز
Berkatilah jua usaha-usaha kami, satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim dalam kalangan kami serta kurniakanlah kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda yang bernas, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan di sekolah ini.
اللهم يَا فَتاحُ يَا عَلِيْم
Jadikanlah permulaan tahun ini kebaikan untuk kami, pertengahannya keberkatan dan kesudahannya keampunan dariMu. Seterusnya juga jadikanlah hari-hari yang bakal kami lalui permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan kesudahannya kecemerlangan.

اللهم اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُومًا, وَتَفَرقُنَا مِن بَعْدِهِ تَفَرقًا مَعْصُومًا, وَلا تَجْعَل اللهم فِيْنَا وَلا مَعَنَا وَلا مَن يَتْبَعُنَا شَقِيا وَلا مَطْرُودًا وَلا مَحْرُومًا.
رَبنا ءَاتِنَا فِى الدُنيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَة حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَارِ. وَصَلى الله عَلَى سيدنا محمد وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم, وَالحَمْدُ لله رَب العَالَمِيْن
Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top