picasion.com

May 15, 2020

Tema Hari Guru Tahun 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

"BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU"
Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar
dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).
Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa.
Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru.
Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.
Berguru merupakan suatu probes pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini.
Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu.
Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.
Murid yang ada pada hari ini merupakan generali pewaris masa hadapan negara.
Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru
menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu.
Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.
KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ‘ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top