1. Ramai guru mohon pindah tanpa alasan kukuh
Biasanya berlaku secara senyap. Bila ramai mahu ‘keluar’, ada yang tak kena dalam sistem dalaman.
2. Kadar MC dalam kalangan guru sangat tinggi
Isu kesihatan sering jadi alasan. Tapi kadang-kadang, itu sebenarnya simptom tekanan dan ‘escapism’.
3. Ramai guru sakit, sama ada mental, fizikal dan emosi
Guru hilang seri, burnout, kemurungan, tekanan darah tinggi, lelah emosi. Semua ini tidak berlaku secara tiba-tiba.
4. Ramai guru mohon pencen awal / pencen pilihan
Apabila guru-guru cemerlang mula ‘angkat bendera putih’, sistem perlu disemak.
5. Mesyuarat PIBG tak mendapat sambutan
Komuniti sekolah semakin renggang. Ibu bapa pun sudah ‘give up’ untuk ambil tahu. Mesyuarat PIBG, ajk je yang bercakap.
6. Kadar kehadiran murid bermasalah
Ponteng kronik. Ada murid yang hilang berbulan-bulan, sekolah tak tahu pun, atau tak ambil tahu.
7. Kepimpinan sekolah bertukar-tukar terlalu kerap
Tiada kesinambungan. Pelan strategik tergantung di dinding, tapi tak pernah bergerak. Dalam fail ada, pelaksanaan? ke laut semuanya.
8. Tiada budaya kerja berpasukan
Guru bekerja dalam silo, hanya buat yang diarahkan, tiada semangat kolaboratif. Banyak ‘klik’. Budaya toksik berleluasa.
9. Murid tidak menghormati guru
Kes murid memaki, menjerit, biadab makin kerap, makin dilazimkan.
10. Kes disiplin murid meningkat secara mendadak
Buli, vape, gaduh, ponteng, pecah harta benda, tapi sekolah buat biasa. Tak dipandang serius. Semua pihak business as usual.
11. Aduan ibu bapa meningkat dan mula tular
Bila komuniti hilang kepercayaan, sekolah bukan lagi tempat selamat untuk anak-anak. Ibu bapa suka viralkan hal yang sepatutnya settle dengan baik dengan pihak sekolah.
12. Tiada bimbingan dan mentoring untuk guru baharu
Guru muda dibiarkan hanyut. Lama-lama, semangat hilang, motivasi lenyap. Lebih parah, guru muda lebih toksik daripada yang senior.
13. Aktiviti murid bersifat kosmetik
Program hanya untuk cukupkan eviden, atau sekadar memenuhi takwim, buat asal buat, sebab tak nak nama naik tapi tak menyentuh jiwa, tak membentuk watak. Hilang ruh.
14. PdP yang hambar dan berulang-ulang
Tiada inovasi. PdP sekadar ‘masuk kelas’, bukan proses membina insan. Lagi parah, bila tak tahu pun kenapa masuk ke kelas, saja mengisi masa kerja.
15. Sekolah bergantung kepada segelintir guru sahaja
‘Superman’ sekolah buat semua, jadi, bila mereka hilang, sekolah lumpuh. Pengetua dan GB suka buat favorism, memilih-milih.
16. Murid tiada rasa cinta atau bangga terhadap sekolah
Tiada jati diri. Tiada semangat ‘belonging’. Sekolah sekadar tempat datang-pergi, jumpa kawan untuk hangout. Not more not less.
17. Mesyuarat sekolah hanya beri arahan, bukan bina idea
Tiada ruang untuk dialog. Tiada budaya reflektif. Hanya ‘ikut arahan’ semata. Top down sepenuhnya. Pengetua dan pentadbir sahaja yang bercakap.
18. Guru enggan menyertai kursus atau bengkel
Guru sudah lesu. Rasa tiada makna untuk belajar lagi. Kalau buat pun, tak ikhlas dan cari jalan shortcut, macam hire orang, guna chatGPT. Buat pun rasa tak bersalah.
19. Budaya kerja toksik, penuh sindir, sabotaj, berpuak puak ikut ‘klik’
Tiada kepercayaan. Tiada empati. Hanya drama dan agenda tersembunyi. Cikgu Senior vs junior. Cikgu Akademik vs cikgu kokurikulum. cikgu digital vs cikgu manual. kantin tempat gosip.
20. Tiada pelan intervensi murid berisiko
Sekolah tak tahu siapa yang perlu dibantu. Semua dibiarkan terapung. Lantak apa yang berlaku. yang penting dapat gaji bulan. Semua salahkan kerajaan.
.......................
Maka apa perlu kita buat?
Sekolah yang tenat, tak akan pulih dengan pekeliling sahaja. Perlu pemulihan budaya, kepimpinan berhikmah, empati kolektif dan tindakan berani.Sekolah yang menunjukkan terlalu banyak ‘red flag’ bukan hanya berdepan masalah teknikal atau pentadbiran semata. Ia menandakan krisis yang lebih dalam, iaitu krisis budaya, krisis kepimpinan dan krisis harapan. Dan dalam semua ini, peranan kepimpinan sangat kritikal, dan ini bermula di sekolah.
Sekolah yang kuat bukan dibina dengan SOP atau pekeliling, tetapi dengan jiwa pemimpin yang sedar bahawa tugas mereka bukan sekadar mengurus, tetapi memulihkan dan membina semula jiwa dan ruh organisasi.
Namun kita juga tidak boleh hanya menuding jari sepenuhnya ke arah kepimpinan semata-mata. Kita semua, sebagai warga sekolah, pendidik, ibu bapa atau masyarakat, perlu berani bermuhasabah, adakah aku menyumbang kepada penyelesaian atau hanya menambahkan kesunyian?
Sekolah yang sakit tidak akan sembuh dengan diam, dan tidak akan berubah jika kita hanya menunggu orang lain memulakannya.
Reformasi sekolah mesti dimulakan sekarang, bukan esok. Bukan menunggu krisis lebih parah. Bukan menunggu murid-murid kita hilang rasa cinta kepada ilmu dan hilang percaya kepada institusi. Kalau kita betul-betul mahu menyelamatkan masa depan, kita perlu berani bertindak, dan berani berubah. Bukan menyalahkan satu sama lain. Tapi, itulah yang paling kita buat...
Dr. Radin Muhd Imaduddin