Bil |
Nama |
Tahun Berkhidmat |
1 |
En V.M
Francis |
1951 – 1955 |
2 |
En V.
Murugesu |
1956 – 1962 |
3 |
En S.K.P.
Sivam |
1962 – 1969 |
4 |
En G.M.
Thomasz |
1969 – 1973 |
5 |
En Mohd Hanif
Bin Idris |
1974 |
6 |
Tn Syed Ahmad
Bin Omar Al – Attas |
1974 – 1975 |
7 |
En Ahmad
Dahan |
1976 |
8 |
En Abu Naim
Bin Siran |
1976 – 1979 |
9 |
En Abdullah
Bin Hj Ludin |
1980 – 1982 |
10 |
Tn Hj
Abdullah Bin Salleh |
1982 – 1987 |
11 |
En Ibrahim
Bin Abdullah (Pemangku Pengetua) |
1987 – 1988 |
12 |
Tn Hj Mohamad
Zaid Bin Sharif |
1988 – 1995 |
13 |
Pn Hjh Rohani
Bt Mansor |
1995 – 1999 |
14 |
Tn Hj Baherin
Bin Sihat |
1999 – 2001 |
15 |
Tn Abara
Ahmad Bin Hj Md Muneer |
2002 – 2004 |
16 |
En Mohamad
Azwar Iqbal Bin Tahir |
2004 – 2005 |
17 |
En Mohd Sah
Bin Zainal Abidin |
2005 – 2007 |
18 |
Tn Hj Rafiei
Bin Hj Mustapa |
2007 |
19 |
Tn Hj Md Aris
Bin Azis |
2007 – 2008 |
20 |
Tn Hj Rafiei
Bin Hj Mustapa |
2008 – 2009 |
21 |
Datin Hjh
Azimah Bt Alis |
2010 – 2011 |
22 |
Pn Hjh Aishah
Bt Ashaari |
2011 – 2014 |
23 |
Tn Hj Mad
Amin Bin Mad Yusof |
2014 – 2018 |
24 |
En. Jalaludin
bin Dzulkafli |
2019 - kini |
Page
- Home
- Prakata
- URESS
- Carta Organisasi
- Info PBS
- PBD
- My Akaun
- Ting 4 : P-Akaun
- Ting. 5 : P-Akaun
- P- Akaun
- Matematik
- Add Math
- Vedio PdPc
- PK Bookcases
- mySKPM K@S
- Pengurusan Panitia
- Youtube PK 1 URESS
- Jom Ngaji
- PKHEM SMKTI
- PK1 DUHA
- PK 1 NS
- PKHEM NS
- DeLIMa
- Sumberku
- DKP
- KBAT
- iDMe
- HRMIS
- APDM
- SSDM
- SPL KPM
- BIMB
- IKIM
- TV7
- RTM
- Direktori MOE
- BPK. Moe
- Buku Teks Digital
- Peta URESS
- Bahan Sokongan BPK
- Bahan Pengurusan Aset KPM
Sejarah URESS
Sekolah Menengah Undang
Rembau telah dibina pada tahun 1951. Dahulunya ia dikenali sebagai Undang
Rembau English School ataupun ringkasnya URESS. Sekolah ini merupakan sekolah
menengah pertama didirikan di Daerah Rembau. Semenjak ianya ditubuhkan
hinggalah tahun 1979, sekolah ini merupakan sekolah aliran Inggeris tetapi
dengan terlaksananya Dasar Pelajaran Kebangsaan, ia telah menjadi sekolah aliran
kebangsaan sepenuhnya mulai tahun 1980.
Sekolah yang didirikan di kawasan tanah seluas 18 ekar ini berhampiran dengan
Pekan Rembau iaitu kira-kira setengah kilometer jaraknya, dikelilingi oleh
kampung-kampung Melayu.
Sekolah ini diwujudkan
di atas kesedaran masyarakat setempat dan pihak pentadbiran daerah ADO iaitu
Tuanku Jaafar dan District Officer bernama Che Mat. Di awal penubuhannya pada
1951 pelajar-pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar yang belajar di Bangunan
UMNO (terletak berhampiran dengan Padang Pekan Rembau), dari Sekolah Melayu
yang tamat darjah Empat dan juga pelajar-pelajar yang baru masuk ke sekolah.
Kelas-kelas yang wujud pada tahun tersebut terdiri daripada Primary 1, Special
Matay Class dan Stan-dard 3, 4 dan 5.
Sekolah ini dirasmikan
pada tahun 1951 oleh Datuk Undang Hj lpap dan Director of Education V.M.Ris.
Pada ketika ini
guru-guru yang mengajar kebanyakannya guru Latihan Normal, dua orang guru
lepasan Kirby dan seorang lulusan Raffles College iaitu V.M.Francis ( sebagai
Guru Besar ). Antara guru-guru yang mengajar ialah: V.S.Param, M.P Apukutan
(mengajar Arithmetic),Miss Dave. Mr Lim Chim Aik, En. Sharudin Ab. Rahman, Mr
Santok Singh, Mr Maniam, Mr. Marbeck(rnengajar English), En. Mustapha Karnal
(mengajar Art), En. Hashim Wahab (mengajar Wood Work/Metal Work), Miss Bonn
Chan Liew, Cik Jamaliah Lisut dan En. Shamsudin Ishak
Seperti yang terdapat
pada han ini, pada awal penubuhan sekolah ini, acara-acara sukan seperti
kegiatan kokurikulum juga diadakan. Kegiatan sukan ini hanya dapat dijalankan
di Padang Pekan Rembau pada tahun-tahun 1951,1952 dan 1953. Padang sekolah mula
digunakan pada tahun 1954 hasil daripada gotong royong pelajar sendiri Rumah
sukan dinamakan Rumah Hj Ipap, Hj Abd Malek, Lee Phoon dan Parent iaitu sempena
nama orang- orang ternama di Rembau. Pelajar-pelajar pada masa itu juga giat menubuhkan
badan-badan beruniform sebagai aktiviti kokurikulum mereka seperti Boys Scout, Girl Guide dan St.
John. Di samping pelajar-pelajar juga digalakkan berkecimpung dalam bidang
penulisan. Oleh itu, mulai tahun 1953 majalah sekolah diterbitkan setahun sekali
dan diberi nama URESIAN. Sebagai penerbitan bulanan bagi mencungkil bakat
penulisan pihak sekolah menerbitkan URESIAN HERALD pada tahun yang sama.
Satu perkara yang
menarik pada ketika ini ialah penubuhan Badan Prefect pada tahun 1954. Pemilihan
pelajar-pelajar yang menganggotai badan tersebut dibuat secara demokrasi iaitu
bentuk pilihanraya, pengundian oleh pelajar-pelajar.
Peperiksaan Oversea
School Certificate pertama kali diadakan pada tahun 1955. Bilangan pelajar yang
menduduki peperiksaan tersebut seramai lebih kurang 30 orang. Antaranya ialah
tiga orang pelajar perempuan iaitu dua orang pelajar Melayu dan seorang India.
Petajar-pelajar ini mengambil peperiksaan di Sek. Men. Tunku Besar Tampin. Mata
pelajaran yang diambil pada masa itu iatah Arithmetic, Geornetry, Algebra,
English Language, Malay Language, History, Geography, Health Science dan
English Literature. Daripada 30 orang pelajar yang menduduki peperiksaan, tiga
orang mendapat Gred 2 dan 15 orang mendapat Gred 3.
Undang Rembau Secondary
School terus berkembang dari masa ke semasa. Guru-guru dan Pengetuanya silih
berganti. Selepas berkhidmat dari tahun 1951 sehingga 1955, URESS mendapat
seorang Pengetua baru menggantikan V.M. Francis pada tahun 1956 iaitu En
V.Murugesu. En. Murugesu telah berkhidmat sehingga tahun 1962 dan diganti pula
oleh En. SK.P.Sivarn sehingga 1969. Pada hari ini Sekolah Menengah Undang
Rembau diterajui oleh seorang Pengetua yang dedikasi, bercita-cita besar dan
penyayang iaitu Tuan Hj Mohamad Zain b. Sharif yang mula bertugas pada 1 April
1988.
Bangunan-bangunan
sekolah semakin banyak dibina. Bermula dari awal penubuhannya yang hanya
terdiri daripada satu dua buah bangunan termasuk Bengkel KMT pada tahun 1952
dan Makmal yang dibina, kini terdapat sejurnlah 17 buah bangunan. Tiga
daripadanya ialah bangunan dua tingkat dan satu bangunan tiga tingkat.
Ianya lengkap dengan Pejabat
, Bilik Guru, Bilik Darjah(36 kelas ), sebuah Dewan Besar, enam buah Makmal
Sains , dua buah bengkel Seni Perusahaan
Makmal Sains, dua buah Bengkel sebuah Bilik Kemahiran Hidup, sebuah Bengkel Elektrik,
Asrama Lelaki dan Perempuan, Kantin, Padang Bola, Bilik Komputer (1986), GelangangSukan
(1986) dan sebuah Lukisan Kejuruteraan .
Oleh kerana proses
pembangunan fizikalnya dilaksanakan berperingkat-peringkat, kedudukan
bangunan-bangunan inin agak berselerak dan antaranya agak jauh sedikit di antara
satu bangunan dengan satu bangunan yang lain. Dengan keadaan fizikal yang ada,
lebih memudahkan seseorang Pengetua untuk mentadbir kerana sekolah ini dapat
menampung seluruh muridnya pada satu sesi. Suatu ketika dahulu ia diadakan dua
sesi persekolahan tetapi mulai tahun 1989 hanya satu sesi sahaja. Di awal
penubuhannya hingga 1960, murid-murid sekolah ini berjumlah lebih kurang 900
orang tetapi kini murid-muridnya hampir seramai 1300 orang.
Guru-guru yang mengajar
di sekolah ini juga sering bertukar ganti, namun demikian masih terdapat ramai
yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun dan termasuk bekas pelajar dari
sekolah ini yang kemudian menjadi guru dan mengajar di sekolah ini. Kakitangan
akademik sekolah ini bukan sahaja tinggal di kawasan-kawasan persekitaran
Rembau tetapi juga menginap di Seremban. Bilangan guru yang mengajar sehingga
tahun 1993 ialah seramai 66 orang yang terdiri dari 26 lepasan ljazah, 36 orang
Bukan Siswazah, dua orang Guru Sementara dan 2 orang lagi Guru Kontrak.
Untuk rnemperkemaskan
hal-hal pentadbiran sekolah dan asrama, Sekolah Menengah Undang Rembau
mempunyai 28 orang bilangan pekerja terdiri daripada Kerani, Jurutaip, Penyelia
Asrama, Pekerja Rendah Awam, Pembantu Am Rendah, Pembantu Makmal dan Jaga.
Pelajar-pelajar sekolah
ini terdiri daripada pelbagai bangsa. Majoritinya adalah pelajar-pelajar Melayu
84%, diikuti pelajar-pelajar Cina 12% dan India lebih kurang 4%. Kebanyakan
daripada mereka datang ke sekolah dengan menaiki bas. Bagi pelajar yang tinggal
berhampiran mereka menunggang basikal. Ada juga dengan yang dihantar menaiki
kereta, bermotosikal dan van. Kebanyakan mereka tinggal di kampung-kampung
berhampiran seperti Kampung Rendah, Tanjung Sena, Chengkau, Bongek, Senama,
Pilin dan lain-lain. Terdapat juga pelajar-pelajar yang tinggal di
kawasan-kawasan FELDA seperti Jelai, Bukit Rokan, Pasoh dan sebagainya.
Kebanyakan pelajar dari
FELDA ialah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sewaktu peperiksaan UPSR
dan juga pelajar-pelajar Projek Tunas Cemerlang
Sepak Takraw. Sebilangan kecil pelajar-pelajar ini datangnya dari Kuala Lumpur,
Selangor dan Melaka. Walau bagaimanapun majoriti pelajarnya adalah dan di sekitar
Pekan Rembau.
Untuk memperlingkatkan
pencapaian pelajar-pelajar di sekolah ini di dalam bidang akademik, pihak sekolah
menyediakan beberapa kemudahan. Antaranya ialah Biiik perpustakaan yang luas
dan selesa serta mengandungi buku-buku berbagai-bagai bidang untuk baca, dan
rujukan pelajar-pelajar . Di samping meletakkan beberapa guru untuk mengelola
dan mengawasi perpustakaan, pihak sekolah juga meletakkan seorang Pekerja (Pembantu
Am Rendah) untuk memperkemas dan mengurus segala hal ehwal perpustakaan .
Sebuah Bilik Komputer
yang berhawa dingin juga telah disediakan untuk kemudahan sekolah, guru-guru
dan pelajar-pelajar. Bilik Komputer ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato
K.Pathamanaban pada bulan Julai 1986 . Untuk kemajuan sukan pelajar-pelajar,
sebuah kompleks sukan juga telah dibina. Kompleks sukan yang di pagar tinggi ini
mengandungi gelanggang-gelanggang tenis, sepak takraw dan bola tampar. Bersebelahan kompleks sukan
ini terdapat padang Bola Jaring untuk
memudahkan pelajar-pelajar berlatih. Di hujung padang ini pula didirikan tiga
buah rumah guru sebagai tempat tinggal guru-guru dan keluarga mereka. Untuk
mempertingkatkan mutu Bola Sepak, sebuah padang seluas empat hektar telah dibina.
la bukan sahaja tempat pelajar-pelajar bermain dan berlatih tetapi seringkali disewa oleh badan-badan lain untuk pertandingan
Bola Sepak tetapi juga mengadakan
kejohanan olahraga
Di samping lapangan
sukan yang banyak menempa kejayaan, sebuah Bilik Surau juga telah diwujudkan
bersebelahan dengan Bilik Kaunseling (sekarang dijadikan pejabat sementara
setelah pejabat terbakar pada Jun 1992). Bagi pelajar-pelajar yang mengambil
Lukisan, sebuah Bilik Seni diwujudkan bersebelahan dengan kedai koperasi
sekolah yang menempa banyak kejayaan. Koperasi sekolah bukan sahaja rnempunyai
sebuah mesin fotostat tetapi juga dua buah mesin minuman.
Sebuah Bilik Tayangan
dan Bilik Sumber juga disediakan bukan sahaja untuk mernudahkan guru didalam
pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga untuk pelajar-pelajar. Di atas Bilik Tayang dan Bilik Sumber ini dua
buah kelas diubahsuai, dijadikan kelas Lukisan Kejuruteraan yang mula diajar
kepada pelajar-pelajar pada tahun 1993.
Untuk keselesaan
guru-guru yang mengajar di sekolah ini sebuah Bilik Guru telah dibina pada
November ini (1992) bagi menggantikan bilik guru yang telah uzur sebelumnya .
Sekolah ini mengadakan
perhimpunan semua pelajar dan guru pada setiap hari Isnin di dalam sebuah dewan
yang telah didirikan pada tahun 1973. Dewan ini bukan sahaja digunakan pada
acara-acara tidak rasmi tetapi juga bagi acara-acara rasmi seperti mengadakan
pertandingan-pertandingan, ceramah-ceramah dan sebarang aktiviti.
SEJARAH ASRAMA
Asrama sekolah ini ini
mula dibuka pada tahun 1960. lanya diadakan untuk kemudahan pelajar-pelajar di
daerah ini yang tinggal jauh. Pada mulanya Asrama ini dikenali dengan asrama
desa yang menampung pelajar-pelajar di sekitar Rembau seperti pelajar Sekolah
Menengah Undang Rembau, Sekolah Menengah Datuk Sedia Raja dan Sekolah Menengah
Vokasional.
Pada tahun 1970 asrama
ini tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar-pelajar menyebabkan
ianya ditutup. Walau bagaimanapun ianya masih berfungsi dan masih ada pelajar
yang sanggup tinggal di asrama. Kebanyakan pelajar ini berdikari sendiri, makan
dan minum dimasak sendiri.
Pada tahun 1973 asrama
ini dibuka semula dan pentadbirannya disusun semula oleh Pengetua ketika itu,
iaitu Tn. Syed Ahmad b. Syed Al-Attas dan dibantu oleh guru asrama . Pada masa
itu terdapat layan orang pelajar lelaki sahaja. Usaha-usaha mengiklan kemasukan
pelajar-pelajar ke asrama di giatkan. Guru-guru asrama pula diberi kursus
intensif yang secukupnya.
Pada tahun 1983 pihak
sekolah mula mengambil pelajar perempuan Usaha-usaha dibuat dengan membahagikan
bangunan dihadapan untuk pelajar perempuan dengan segala kemudahan.
SENARAI PENGETUA
Berdasarkan
perkembangan-perkembangan yang menggalakkan, Sekolah Menengah Undang Rembau
sedang menuju ke era yang lebih cemerlang . Pada masa kini satu projek
mengindahkan persekitaran sekolah dengan pembinaan kolam dihiasi dengan
pokok-pokok yang segar, projek lanskap, mural, dan lain-lain akan dapat
rnernberi wadah baru kepada pelajar-pelajar untuk menuju ke arah yang lebih
gemilang. Kesungguhan dan kerjasama setiap guru dan pelajar yang silih datang
dan pergi dengan inspirasi yang ada Sekolah Menengah Undang Rembau dapat
memberi seulas sumbangan kepada pihak Daerah dan negara amnya.