Page
- Home
- Prakata
- URESS
- Carta Organisasi
- Info PBS
- PBD
- My Akaun
- Ting 4 : P-Akaun
- Ting. 5 : P-Akaun
- Prin. Perakaunan
- Matematik
- Add Math
- Vedio PdPc
- Syaaban Site
- PK Bookcases
- mySKPM K@S
- Pengurusan Panitia
- Youtube PK1 URESS
- PKHEM SMKTI
- PK1 DUHA
- PK 1 NS
- PKHEM NS
- Jom Ngaji
- DeLIMa
- DKP
- KBAT
- iDMe
- HRMIS
- APDM
- SSDM
- SPL KPM
- BIMB
- IKIM
- TV7
- RTM
- Direktori MOE
- BPK. Moe
- Buku Teks Digital
- Peta URESS
- Bahan Sokongan BPK
- Bahan Pengurusan Aset KPM
- Bahan SKPM K@S

August 27, 2025
August 26, 2025
August 25, 2025
July 7, 2025
Menyingkap Kebijaksanaan Guru :
MENYINGKAP KEBIJAKSANAAN GURU
1. Satu pertanyaan yang selalu merangsang pemikiran saya - kenapakah dalam SATU sistem persekolahan, negeri, daerah atau sekolah yang SAMA terdapat guru yang menonjol prestasi dan keberkesanannya, sebaliknya dalam masa yang sama terdapat juga guru yang sederhana atau rendah prestasi dan keberkesanannya?
2. Pada suatu ketika saya berpendapat ciri menonjol dan utama guru berkesan dan berprestasi tinggi ialah guru tersebut adalah guru ‘extra-miles’. Ini bermaksud guru berkenaan sentiasa berusaha lebih daripada yang dijangkakan. Mereka melakukan lebih daripada tanggungjawab biasa untuk mencapai matlamat dalam mendidik anak-anak muridnya. Pada dasarnya beliau melakukan lebih daripada sekadar keperluan minimum.
3. Masa berlalu, pertanyaan di atas sering berulang dalam fikiran saya kerana jawapannya masih tidak memuaskan hati, cenderung seperti penilaian ‘superficial’. Akhirnya saya berpendapat guru berkesan dan berprestasi tinggi itu amat dipengaruhi oleh KEBIJAKSANAAN guru berkenaan. Berikut sedikit huraian kenapa saya berpendapat sedemikian.
4. Seseorang yang memiliki ILMU PENGETAHUAN (Theoritical Knowledge) boleh jadi dia seorang yang pandai atau cerdik dalam bidangnya tetapi belum tentu dia seorang yang bijaksana jika dia tidak memiliki ILMU PENGALAMAN (Experiential Knowledge).
5. Walaupun seseorang itu mempunyai pengalaman yang lama atau pelbagai, dia tidak akan memiliki Ilmu Pengalaman jika dia tidak pernah belajar atau mengambil iktibar dari pengalaman yang dilaluinya (PELAJARAN YANG DIPELAJARI – ‘Lesson Learned’)
6. Oleh sebab itu ‘Wisdom’ atau ‘Kebijaksanaan’ sering kali dikaitkan dengan pengalaman praktikal. Dalam maksud yang lain, kebijaksanaan bukan sekadar memiliki pengetahuan abstrak atau teori tetapi berakar dalam pengalaman praktikal, kehidupan seharian yang dari semasa ke semasa mengumpul iktibar - ‘pelajaran yang dipelajari’ dan dapat menggunakan iktibar itu dengan berkesan dalam konteks baharu.
7. Dalam menyingkap kebijaksanaan guru yang berkesan dan berpretasi tinggi, berikut beberapa pemerhatian yang dapat saya kongsikan:
8. PERTAMA, Sekadar mempunyai pengalaman tidak menjamin kebijaksanaan. Kebijaksanaan muncul apabila guru itu merenungkan pengalaman tersebut, memahami maknanya yang lebih mendalam, dan menerapkan pelajaran berkenaan dalam kehidupan. Sebagai contoh, seorang guru yang berulang kali menyedari pelajar bergelut dengan sesuatu topik mungkin menyesuaikan strategi pedagogi mereka, menunjukkan kebijaksanaan yang diperolehnya melalui refleksi.
9. KEDUA, kebijaksanaan termasuk keupayaan dapat melihat pola merentas pelajaran yang dipelajari dari pengalaman. Kebijaksanaan terserlah apabila guru itu boleh menghubungkan situasi yang kelihatan tidak berkaitan dan menggunakan dapatannya itu dalam konteks yang berbeza. Sebagai contoh, guru bijaksana menggunakan iktibar pengalaman gagal dalam pengajaran lalu untuk menghadapi cabaran masa depan atau membantu rakan gurunya yang lain.
10. KETIGA, Kebijaksanaan sering berpunca daripada pemahaman bahawa kesilapan dan cabaran adalah peluang untuk berkembang. Setiap pelajaran yang dipelajari membina kerendahan hati dan minda yang terbuka kepada pembelajaran berterusan. Sebagai contoh, guru yang bijaksana mengakui keterbatasan mereka dan menyesuaikan diri berdasarkan pengajaran yang dipelajari, menunjukkan kematangan dan kesedaran diri.
11. KEEMPAT, Iktibar dari pengalaman mendorong tindakan bijaksana. Kebijaksanaan bukan hanya tentang mengetahui; ia mengenai menggunakan pengetahuan dengan pertimbangan yang mendalam untuk mencapai hasil yang positif. Sebagai contoh, guru bijaksana menggunakan iktibar dari pengalaman lama mengajar untuk meningkatkan prestasi anak-anak murid dan membimbing rakan gurunya yang lain.
12. Kebijaksanaan Guru bermaksud kebolehan mereka untuk mensintesis, menyesuaikan, dan memanfaatkan pelajaran yang dipelajari dari pengalaman dengan cara yang bermakna dan berkesan iaitu mengubah pengalaman semata-mata menjadi ILMU PENGALAMAN yang sangat berharga.
Wallahu’alam.
~Amin Senin~
June 30, 2025
20 Tanda Sekolah yang Sudah 'Red Flag' oleh Dr. Radin Muhd Imaduddin
April 30, 2025
March 31, 2025
February 28, 2025
February 27, 2025
Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pemuafakatan PK Pentadbiran (Men) NS
Perkara : Mesyuarat JK Majlis Pmuafakatan PK Pentadbiran (NS) Men
Tarikh : 27 Februari 2025 ( Khamis)
Masa : 2.00 pm
Tempat : SMK (F) Lui Barat, Jempol
February 25, 2025
February 21, 2025
February 10, 2025
February 7, 2025
January 27, 2025
Selamat Memperingati Peristiwa Agung-Israk dan Mikraj..
January 26, 2025
January 23, 2025
January 21, 2025
January 14, 2025
Surat Siaran Unit Kurikulum : Ketetapan Kurikulum 2025
Sila layari blogspot yang tertera ini: http://pk1uress.blogspot.com untuk tindakan selanjutnya
BIL. |
KETETAPAN |
TINDAKAN |
LINK |
1 |
PENGURUSAN
MESYUARAT |
SU Kuri /SU Panitia |
|
2 |
ANGGARAN
BELANJA MENGURUS (ABM)/PCG MATA PELAJARAN (KEWANGAN) |
Ketua Panitia |
|
3 |
PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN/ PEMUDAHCARAAN |
Pengetua/PK/GKMP/KP |
|
4 |
SUMBER
PENDIDIKAN DAN DELIMA |
Pengetua/PKP/GKMP/KP |
|
5 |
PENGURUSAN
PEPERIKSAAN |
P/PKP/SU Peperiksaan (SUP) |
|
6 |
PENGURUSAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SECARA BERTERUSAN (PBD) |
SU Kurikulum/SU Panitia/KP |
|
7 |
RANCANGAN
PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) |
KP/Guru Mata Pelajaran |
|
8 |
BUKU REKOD MENGAJAR GURU( BRM) |
Semua guru |
|
9 |
TUGASAN
DAN LATIHAN |
Semua guru |
|
10 |
PENYEMAKAN
LATIHAN MURID |
PK/GKMP/KP |
|
11 |
PROGRAM
PENINGKATAN PRESTASI DAN INTERVENSI PANITIA MATA PELAJARAN |
PKP/GKMP/KP |
|
12 |
JADUAL
WAKTU INDUK/ JADUAL PERSENDIRIAN/ JADUAL KELAS/JADUAL WAKTU GURU GANTI /JADUAL BILIK
KHAS |
PKP/GKMP/KP/SU Jadual Waktu/AJK Jadual Waktu |
|
13 |
PENGURUSAN
FAIL KURIKULUM/PANITIA |
JK Kurikulum/SU Panitia/KP |
|
14 |
PUSAT
SUMBER SEKOLAH (PSS) |
GPM/ JKKPS/AJK PSS |
|
15 |
PEMULIHAN
DAN PENGAYAAN |
GMP/JKKurikulum/JK Panitia |
|
16 |
PENGURUSAN
BILIK KHAS |
Penyelaras Bilik Khas (PBK)/GMP |
|
17 |
LAMPRAN
1 - 6 |
|
January 11, 2025
January 2, 2025
December 1, 2024
November 19, 2024
November 14, 2024
November 13, 2024
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2023 Pejabat Pendidikan Daerah Rembau Tahun 2024 :
Alahmdulillah..
SMK Undang Rembau merangkul 17 anugerah iaitu :
1.Anugerah Pencapaian Akademik Terbilang Sekolah Menengah
2.Anugerah Pencapaian Layak Mendapat Sijil (LMS) Terbilang
3.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Bahasa Cina
4.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Bahasa Tamil
5.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Geografi
6.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Grafik Kom. Teknikal
7.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Kesusasteraan Melayu Komunikatif
8.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Perniagaan
9.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Sains Tulen Terbilang Sekolah Menengah Biologi
10.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Sains Tulen Terbilang Sekolah Menengah Fizik
11.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Teras Terbilang Sekolah Menengah Bahasa Melayu
12.Anugerah Pencapaian Digital Competency Score (DCS) Kategori Sekolah Menengah
13.Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Sekolah Program Transformasi 2025 (TS25) Terbaik Sekolah Menengah
14Anugerah Pengurusan Sukan Terbilang Sekolah Menengah
15.Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang 2022
16.Anugerah Pengurusan PPKI Cemerlang Sekolah Menengah
17.Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2023 - Foo Ee Jie
November 11, 2024
October 15, 2024
October 14, 2024
Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akhir Akademik : Panduan Pengurusan dan Pentadbiran UASA sesi 2024/2025 dan FAQ
October 6, 2024
October 4, 2024
Doa Untuk Anak-anak....
DOA UNTUK ANAK-ANAK AMALAN PARA ULAMA ....
Ya Allah, berkatkanlah bagi kami anak-anak kami dan janganlah Engkau memudaratkan mereka. Dan kurniakanlah mereka taufik bagi mentaati-Mu serta kurniakan kami amal kebaikan mereka. Ya Allah wahai Yang Mengajari Musa dan Adam, ajarkan mereka ilmu pengetahuan. Wahai Yang Memahamkan Sulaiman, kurniakanlah mereka kefahaman. Wahai Yang Memberikan Luqman hikmah dan kepetahan berikanlah mereka hikmah dan kepetahan.
Ya Allah, ajarkanlah mereka apa yang mereka tidak tahu, dan ingatkan mereka apa yang mereka lupa dan bukakan bagi mereka keberkatan dari langit dan bumi. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Yang Memperkenankan Doa. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon daripada-Mu agar berikan mereka kekuatan daya hafalan, cepat faham dan otak yang jernih. Ya Allah, jadikanlah mereka petunjuk bagi mereka yang mengikut jalan hidayah bukannya orang yang sesat lagi menyesatkan. Ya Allah, jadikan mereka cinta akan keimanan dan hiasilah ia dalam jantung hati mereka serta jadikan mereka benci akan kekufuran, kefasiqan dan kemaksiatan dan jadikanlah mereka dalam kalangan orang yang teguh atas jalan petunjuk. Wahai Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan zuriat-zuriat keturunan kami yang menjadi penyejuk hati yang melihat dan jadikanlah kami ikutan kepada orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah, jadikanlah mereka hamba-Mu yang paling beruntung di dunia dan akhirat.
Ya Allah, jadikan mereka dalam kalangan para wali-Mu yang cahaya-cahaya mereka menerangi depan dan belakang mereka dan dalam kalangan mereka yang tiada ketakutan atas mereka dan mereka yang tidak berduka cita. Ya Allah, ampunkan dosa mereka, sucikan jantung hati mereka, peliharalah kemaluan mereka, baikilah akhlak mereka, penuhkanlah jantung hati mereka dengan nur dan hikmah, jadikanlah mereka layak menerima segala nikmat dan perbaikilah mereka serta jadikan mereka penyebab baiknya umat.
Ya Allah, jauhkan mereka daripada kejahatan, ujian, goncangan dan fitnah apa-apa yang zahir daripadanya dan apa-apa yang tersembunyi. Ya Allah, jauhkan mereka daripada teman yang jahat. Ya Allah, jauhkan mereka daripada zina dan liwat. Ya Allah, jauhkan mereka daripada arak, dadah dan segala yang diharamkan. Ya Allah, selamatkan mereka daripada wabak dan penyakit. Ya Allah, selamatkan mereka daripada segala keburukan sepanjang malam dan siang, dalam terang dan sembunyi. Dan tunjuki mereka kepada apa yang Engkau suka daripada mereka dan ampuni mereka wahai Yang Maha Pengampun. Ya Allah, jangan Engkau palingkan jantung hati mereka setelah Engkau tunjukkan mereka hidayah, dan berikanlah mereka rahmat daripada-Mu serta permudahkan bagi mereka urusan mereka dengan petunjuk..
.