Kunjungan mesra, En. Mohd Norzri bin Nordin, PK Ko-Kurikulum SMKDUHA, ke URESS .Terima kasih En. Mohd Nozri di atas kunjungan tuan..Semoga hubungan URESS dan DUHA terjalinan erat.
Mulai tahun 2020 , Instrumen Pencerapan PdPc Standard 4 SKPMg2 akan menggunakan aplikasi Google Form bertepatan dengan arus teknologi masa kini..Dengan Motto : Senang , Mudah dan Cepat..
10 Januari 2020 | Jumaat Kejohanan Merentas Desa URESS tahun 2020 -
Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas Desa ini merupakan acara tahunan di sekolah menengah malahan merupakan sukan amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada semua murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.
08.01.2020 | Rabu
Program Reading Session diadakan setiap hari dari jam 7.20 pagi hingga 7.40 pagi bagi tujuan memberi pendedahan terhadap tabiat membaca dikalangan warga URESS.
Buku Manual Klasifikasi Fail Sekolah ini akan menjadi sumber rujukan utama dalam
mengemaskini pengurusan fail yang sedia ada serta menetapkan kod klasifikasi
fail bagi setiap sekolah yang keseluruhannya berjumlah 10,208 buah.
01.01.2020 | Rabu
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 , Pelajar Asrama dan Pelajar Kelas Rancangan Khas bagi tahun 2020 telah diadakan pada 01.01.2020..Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan licin.