picasion.com
-------------------------------------------------------------------------------

October 1, 2020

Program Refleksi bersama PK Pentadbiran Sekolah Menengah NS

29.09.2020 | Selasa
~Program Refleksi bersama PK Pentadbiran Sekolah Menengah NS~
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat : Dewan Wawasan Politeknik PD.
Thank You Allah

Making HIP A School Whole Sch Approach

September 18, 2020

Kunjung Mesra Rakan Elit TS25 dari IAB Tn. Husney bin Hamzah

 17.09.2020 | Khamis

Alhamdulillah..
Kunjungan mesra dari Rakan Elit Tn. Hj Husney bin Hamzah (IAB) ke URESS TS25 meninjau progress pelaksanaan Program TS25 dan menjalinkan hubungan tali silaturrahim dengan barisan pengurusan .
Thank You Allah

August 26, 2020

Penyediaan Deskripsi Tugas ( Job Description-JD) dan Softcopy Templet Format JD Manual bagi Sekolah Harian

 Sehubungan dengan itu, tuan/puan dipohon untuk memastikan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah seliaan tuan/puan melaksanakan JD Manual dan mengunci masuk JD tersebut ke Sistem HRMIS. Sofycopy templet JD Manual bagi tujuan penyeragaman semua sekolah boleh dicapai melalui url berikut:

http://tinyurl.com/ycxv5wjd

Cara kemaskini maklumat JD HRMIS guru..

August 20, 2020

Pembudayaan PLC Pemangkin Pembelajaran Bermakna

Perlaksanaan PLC yang berlaku secara santai bertindak sebagai satu medium pengajaran melalui proses kolaborasi antara guru dengan pelbagai pihak dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pengajaran dan dan pengajaran (PdP) di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah dalam memberi kepuasan dan minat yang mendalam ke atas diri setiap murid-murid secara keseluruhannya... .

QR Code SKPMg2 Standard 3.1: Pengurusan Kurikulum

QR Code Fail Pengurusan Panitia Prinsip Perakaunan

July 29, 2020

Bahan Sumber Inkuiri bagi Membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan murid

Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM telah menetapkan semua murid dilibatkan dalam aktiviti pembudayaan KBAT melalui sumber inkuiri semasa PdP berlangsung.Bahan sumber tersebut boleh dimuat turun melalui pautan di bawah :

Modul 1 hingga 8 Program TS25

July 8, 2020

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2020

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020 terkini boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan :

July 5, 2020

June 5, 2020

Modul PdPc Maya Semasa PKP..

Latar belakang :
.
Kerajaan telah mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020 . Seterusnya , tempoh PKP telah dilanjutkan kepada beberapa fasa termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei 2020. Sepanjang tempoh ini, kerajaan telah menetapkan bahawa semua institusi pendidikan ditutup termasuk SMK Undang Rembau.
.
Oleh kerana itu PdPc akan berlaku dalam dua kaedah iaitu PdPc di sekolah dan PdPc di rumah. Buat masa ini, tingkatan yang diberi keutamaan untuk dibuka ialah tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang bakal mengambil Peperiksaan SPM dan STPM tahun ini.. Bagi tingkatan – tingkatan yang lain iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 akan dibuka pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh KPM..
.
Prinsip Perakaunan bagi Tingkatan 5 Bukhary akan dilaksanakan dengan cara pembelajaran teradun iaitu gabungan pengajaran bersemuka dan penggunaan teknologi secara dalam talian. 
.
Manakala bagi PdPc yang berlaku di rumah bagi tingkatan 4 Bukhary dan tingkatan 4 Jazari subjek Prinsip Perakaunan dan Matematik Tambahan akan dilaksanakan menggunakan kaedah PdPc yang bersesuaian seperti
(a) pembelajaran dalam talian ( you tube dan portal pembelajaran)
(b) TV pendidikan 
(c) Media Sosial ( Telegram dan Whastapp) 
(d) membekalkan Buku Teks Digital Prinsip Perakaunan dan Add. Math 
(e) memberi latihan dalam buku teks , buku kerja atau disediakan oleh guru bagi murid yang tidak  mempunyai akses Internet.
(f) melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek
(g) menggunakan kaedah serahan bahan PdPc di sekolah.
(h) melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan hasil kerja murid seperti latih tubi dan kuiz google form yang boleh dikemukakan secara dalam talian atau serahan tangan.
(i) melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka dalam talian atau serahan tangan.
.
Disediakan oleh:
Mohammad bin Said
PK Pentadbiran
SMK Undang Rembau
( https://pk1uress.blogspot.com ) 
“HENDAK MAJU BERUSAHA”

Surat Siaran KPM: Bil. 5 Tahun 2020 : Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM

Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah

Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top