picasion.com
-------------------------------------------------------------------------------

June 30, 2025

20 Tanda Sekolah yang Sudah 'Red Flag' oleh Dr. Radin Muhd Imaduddin

20 Tanda Sekolah yang Sudah 'Red Flag' Berikut 20 tanda-tanda awal bahawa sesebuah sekolah sedang berada dalam zon bahaya, atau istilah kasarnya, ‘Red Flag’: 
 1. Ramai guru mohon pindah tanpa alasan kukuh Biasanya berlaku secara senyap. Bila ramai mahu ‘keluar’, ada yang tak kena dalam sistem dalaman. 
 2. Kadar MC dalam kalangan guru sangat tinggi Isu kesihatan sering jadi alasan. Tapi kadang-kadang, itu sebenarnya simptom tekanan dan ‘escapism’. 
 3. Ramai guru sakit, sama ada mental, fizikal dan emosi Guru hilang seri, burnout, kemurungan, tekanan darah tinggi, lelah emosi. Semua ini tidak berlaku secara tiba-tiba. 
 4. Ramai guru mohon pencen awal / pencen pilihan Apabila guru-guru cemerlang mula ‘angkat bendera putih’, sistem perlu disemak. 
 5. Mesyuarat PIBG tak mendapat sambutan Komuniti sekolah semakin renggang. Ibu bapa pun sudah ‘give up’ untuk ambil tahu. Mesyuarat PIBG, ajk je yang bercakap. 
 6. Kadar kehadiran murid bermasalah Ponteng kronik. Ada murid yang hilang berbulan-bulan, sekolah tak tahu pun, atau tak ambil tahu. 
 7. Kepimpinan sekolah bertukar-tukar terlalu kerap Tiada kesinambungan. Pelan strategik tergantung di dinding, tapi tak pernah bergerak. Dalam fail ada, pelaksanaan? ke laut semuanya. 
 8. Tiada budaya kerja berpasukan Guru bekerja dalam silo, hanya buat yang diarahkan, tiada semangat kolaboratif. Banyak ‘klik’. Budaya toksik berleluasa. 
 9. Murid tidak menghormati guru Kes murid memaki, menjerit, biadab makin kerap, makin dilazimkan. 10. Kes disiplin murid meningkat secara mendadak Buli, vape, gaduh, ponteng, pecah harta benda, tapi sekolah buat biasa. Tak dipandang serius. Semua pihak business as usual. 
 11. Aduan ibu bapa meningkat dan mula tular Bila komuniti hilang kepercayaan, sekolah bukan lagi tempat selamat untuk anak-anak. Ibu bapa suka viralkan hal yang sepatutnya settle dengan baik dengan pihak sekolah. 
 12. Tiada bimbingan dan mentoring untuk guru baharu Guru muda dibiarkan hanyut. Lama-lama, semangat hilang, motivasi lenyap. Lebih parah, guru muda lebih toksik daripada yang senior. 
 13. Aktiviti murid bersifat kosmetik Program hanya untuk cukupkan eviden, atau sekadar memenuhi takwim, buat asal buat, sebab tak nak nama naik tapi tak menyentuh jiwa, tak membentuk watak. Hilang ruh. 
 14. PdP yang hambar dan berulang-ulang Tiada inovasi. PdP sekadar ‘masuk kelas’, bukan proses membina insan. Lagi parah, bila tak tahu pun kenapa masuk ke kelas, saja mengisi masa kerja. 
 15. Sekolah bergantung kepada segelintir guru sahaja ‘Superman’ sekolah buat semua, jadi, bila mereka hilang, sekolah lumpuh. Pengetua dan GB suka buat favorism, memilih-milih. 
 16. Murid tiada rasa cinta atau bangga terhadap sekolah Tiada jati diri. Tiada semangat ‘belonging’. Sekolah sekadar tempat datang-pergi, jumpa kawan untuk hangout. Not more not less. 
 17. Mesyuarat sekolah hanya beri arahan, bukan bina idea Tiada ruang untuk dialog. Tiada budaya reflektif. Hanya ‘ikut arahan’ semata. Top down sepenuhnya. Pengetua dan pentadbir sahaja yang bercakap. 
 18. Guru enggan menyertai kursus atau bengkel Guru sudah lesu. Rasa tiada makna untuk belajar lagi. Kalau buat pun, tak ikhlas dan cari jalan shortcut, macam hire orang, guna chatGPT. Buat pun rasa tak bersalah. 
 19. Budaya kerja toksik, penuh sindir, sabotaj, berpuak puak ikut ‘klik’ Tiada kepercayaan. Tiada empati. Hanya drama dan agenda tersembunyi. Cikgu Senior vs junior. Cikgu Akademik vs cikgu kokurikulum. cikgu digital vs cikgu manual. kantin tempat gosip. 
 20. Tiada pelan intervensi murid berisiko Sekolah tak tahu siapa yang perlu dibantu. Semua dibiarkan terapung. Lantak apa yang berlaku. yang penting dapat gaji bulan. Semua salahkan kerajaan.

 ....................... 

 Maka apa perlu kita buat? Sekolah yang tenat, tak akan pulih dengan pekeliling sahaja. Perlu pemulihan budaya, kepimpinan berhikmah, empati kolektif dan tindakan berani.Sekolah yang menunjukkan terlalu banyak ‘red flag’ bukan hanya berdepan masalah teknikal atau pentadbiran semata. Ia menandakan krisis yang lebih dalam, iaitu krisis budaya, krisis kepimpinan dan krisis harapan. Dan dalam semua ini, peranan kepimpinan sangat kritikal, dan ini bermula di sekolah. 

 Sekolah yang kuat bukan dibina dengan SOP atau pekeliling, tetapi dengan jiwa pemimpin yang sedar bahawa tugas mereka bukan sekadar mengurus, tetapi memulihkan dan membina semula jiwa dan ruh organisasi. Namun kita juga tidak boleh hanya menuding jari sepenuhnya ke arah kepimpinan semata-mata. Kita semua, sebagai warga sekolah, pendidik, ibu bapa atau masyarakat, perlu berani bermuhasabah, adakah aku menyumbang kepada penyelesaian atau hanya menambahkan kesunyian? 

Sekolah yang sakit tidak akan sembuh dengan diam, dan tidak akan berubah jika kita hanya menunggu orang lain memulakannya. Reformasi sekolah mesti dimulakan sekarang, bukan esok. Bukan menunggu krisis lebih parah. Bukan menunggu murid-murid kita hilang rasa cinta kepada ilmu dan hilang percaya kepada institusi. Kalau kita betul-betul mahu menyelamatkan masa depan, kita perlu berani bertindak, dan berani berubah. Bukan menyalahkan satu sama lain. Tapi, itulah yang paling kita buat... 

 Dr. Radin Muhd Imaduddin

February 28, 2025

Marhaban Ya Ramadhan....

Marhaban Ya Ramadhan, “Selamat datang Ramadan”....

Kami menyambutmu dengan penuh kegembiraan dan telah persiapkan untukmu tempat yang luas agar engkau bebas melakukan apa saja, yang berkaitan dengan upaya mengasah dan mengasuh jiwa kami...

February 27, 2025

Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pemuafakatan PK Pentadbiran (Men) NS

 Perkara : Mesyuarat JK Majlis Pmuafakatan PK Pentadbiran (NS) Men

Tarikh : 27 Februari 2025 ( Khamis)

Masa : 2.00 pm

Tempat : SMK (F) Lui Barat, Jempol

Mesyuarat JK Majlis Pemuafakatan GPK Pentadbiran (Men) N.Sembilan

February 10, 2025

January 27, 2025

Selamat Memperingati Peristiwa Agung-Israk dan Mikraj..

Selamat Memperingati Peristiwa Agung-Israk dan Mikraj..
Perjalanan Israk dan Mikraj penuh dengan pengajaran dan membuktikan kekuasaan Allah SWT.
.
سُبْØ­َانَ الَّذِÙŠ Ø£َسْرَÙ‰ بِعَبْدِÙ‡ِ Ù„َÙŠْلاً Ù…ِّÙ†َ الْÙ…َسْجِدِ الْØ­َرَامِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ الْÙ…َسْجِدِ الأَÙ‚ْصَÙ‰ الَّذِÙŠ بَارَÙƒْÙ†َا Ø­َÙˆْÙ„َÙ‡ُ Ù„ِÙ†ُرِÙŠَÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ آيَاتِÙ†َا Ø¥ِÙ†َّÙ‡ُ Ù‡ُÙˆَ السَّÙ…ِيعُ البَصِيرُ..
.
“Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(al-Isra’: ayat 1)

January 14, 2025

Surat Siaran Unit Kurikulum : Ketetapan Kurikulum 2025

Kepada, Semua Guru SMK Undang Rembau
Tarikh: 2hb Jan. 2025 
Per.: BAHAN – BAHAN EDARAN KETETAPAN KURIKULUM 
Sila layari blogspot yang tertera ini: http://pk1uress.blogspot.com untuk tindakan selanjutnya

BIL.

KETETAPAN

TINDAKAN

LINK

1

PENGURUSAN MESYUARAT

SU Kuri /SU Panitia

http://tiny.cc/0tj5001

2

ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM)/PCG MATA PELAJARAN (KEWANGAN)

Ketua Panitia

 http://tiny.cc/ltj5001

3

PENCERAPAN  PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN/ PEMUDAHCARAAN

Pengetua/PK/GKMP/KP

http://tiny.cc/rtj5001

4

SUMBER PENDIDIKAN DAN DELIMA

Pengetua/PKP/GKMP/KP

http://tiny.cc/vtj5001

5

PENGURUSAN PEPERIKSAAN

P/PKP/SU Peperiksaan (SUP)

http://tiny.cc/2uj5001

6

PENGURUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SECARA BERTERUSAN (PBD)

SU Kurikulum/SU Panitia/KP

http://tiny.cc/9uj5001

7

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)

KP/Guru Mata Pelajaran

http://tiny.cc/juj5001

8

BUKU REKOD MENGAJAR GURU( BRM)

Semua guru

http://tiny.cc/nuj5001

9

TUGASAN DAN LATIHAN

Semua guru

http://tiny.cc/0vj5001

10

PENYEMAKAN LATIHAN MURID

PK/GKMP/KP

http://tiny.cc/3vj5001

11

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI DAN INTERVENSI PANITIA MATA PELAJARAN

PKP/GKMP/KP

http://tiny.cc/5vj5001

12

JADUAL WAKTU INDUK/ JADUAL PERSENDIRIAN/ JADUAL KELAS/JADUAL WAKTU GURU GANTI /JADUAL BILIK KHAS

PKP/GKMP/KP/SU Jadual Waktu/AJK Jadual Waktu

http://tiny.cc/zvj5001

13

PENGURUSAN FAIL KURIKULUM/PANITIA

JK Kurikulum/SU Panitia/KP

http://tiny.cc/3wj5001

14

PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

GPM/ JKKPS/AJK PSS

http://tiny.cc/lvj5001

15

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

GMP/JKKurikulum/JK Panitia

http://tiny.cc/dwj5001

16

PENGURUSAN BILIK KHAS

Penyelaras Bilik Khas (PBK)/GMP

http://tiny.cc/ctl5001  

17

LAMPRAN 1 - 6


http://tiny.cc/cxj5001


 

January 11, 2025

November 13, 2024

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2023 Pejabat Pendidikan Daerah Rembau Tahun 2024 :

 Alahmdulillah..

SMK Undang Rembau merangkul 17 anugerah iaitu :

1.Anugerah Pencapaian Akademik Terbilang Sekolah Menengah  

2.Anugerah Pencapaian Layak Mendapat Sijil (LMS) Terbilang  

3.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Bahasa Cina  

4.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Bahasa Tamil  

5.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Geografi  

6.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Grafik Kom. Teknikal  

7.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Kesusasteraan Melayu Komunikatif  

8.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Terbilang Sekolah Menengah Perniagaan  

9.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Sains Tulen Terbilang Sekolah Menengah Biologi  

10.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Sains Tulen Terbilang Sekolah Menengah Fizik  

11.Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Teras Terbilang Sekolah Menengah Bahasa Melayu  

12.Anugerah Pencapaian Digital Competency Score (DCS) Kategori Sekolah Menengah  

13.Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Sekolah Program Transformasi 2025 (TS25) Terbaik Sekolah Menengah  

14Anugerah Pengurusan Sukan Terbilang Sekolah Menengah  

15.Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang 2022  

16.Anugerah Pengurusan PPKI Cemerlang Sekolah Menengah 

17.Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2023 -   Foo Ee Jie 

"Growth is never by mere chance; it is the result of forces working together."
– James Cash Penney
Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top