picasion.com

February 8, 2020

WAYS : Walking Around Your School

WAYS adalah akronim yang bermaksud "Walking Around Your School" atau berjalan sekeliling kawasan sekolah anda. Ia adalah sama sebagai suatu penyeliaan atau pemantauan sekeliling kawasan kawalan masing-masing. Pengurusan secara ini mempunyai persamaan dengan model pengurusan "Management By Walking About (MBWA), Management By Walking Around (MBWA) dan Management By Walking Around And Listening (MBWAL)".

Kaedah WAYS memberi peluang kepada pentadbir melihat sendiri, mendengar dan belajar sesuatu dari orang yang melaksanakan tugas yang ditetapkan. Dengan itu, pentadbir dapat membuat keputusan dengan cepat dan tepat terhadap sesuatu masalah yang dihadapinya. Prinsip WAYS adalah seperti berikut:
 a) Lakukan kepada semua orang bawahan kita.
b) Lakukan sekerap yang mungkin bagi membolehkan kita berhubung dengan semua orang bawahan kita.
c) Lakukan seorang diri supaya hubungan kita lebih akrab dan jujur dalam mendapatkan sebarang maklumat.
d) Tidak cepat terpengaruh dengan komen negatif tentang seseorang.
e)Banyak bertanya untuk mengetahui sejauh mana tugas dijalankan secara jujur. Pertanyaan biarlah dengan kaedah ingin belajar.
f) Lihat dan dengar. Kita dapat melihat reaksi mereka ketika bercakap dan ini memberi peluang kepada kita setakat manakah minat dan motovasi mereka terhadap kerja.
g) Kongsi visi dan misi kita bersama-sama mereka. Tanyakan juga visi mereka dan sama-sama mempengaruhi mereka ke arah visi dan misi organisasi.
h) Cuba lakukan tugas mereka dengan membantu menunjukkan cara melakukan sesuatu tugas dengan lebih baik.
i) Bawakan berita-berita baik seperti pujian terhadap tugas-tugas yang boleh dilaksanakan.
j) Berjenaka supaya orang bawahan dapat bekerja dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak dalam keadaan tegang.
k) Lihat kepada kejayaan yang telah dilakukan. Secara spontan berikan penghargaan ke atas kejayaan cemerlang yang diberikan.
l) Jangan terlalu kritikal. Tegur secara baik sesuatu kesalahan yang dilakukan si tempat yang sesuai.


OBJEKTIF :
1. Membantu pemimpin-pemimpin di semua peringkat membuat pemantauan menyeluruh ke atas program  secara berterusan.
2. Mewujudkan suasana bekerja yang menyeronokkan.
3. Membantu sesebuah organisasi mencapai objektifnya dan meningkatkan prestasi organisasi tersebut ke tahap yang lebih tinggi.
4. Mewujudkasn suasana saling belajar di antara satu dengan yang lain.
5. Meningkatkan kemahiran memimpin yang efektif dalam proses penambahbaikan prestasi organisasi secara berterusan.

[Bahan rujukan : http://cputsungai.blogspot.com ]
Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top