picasion.com
-------------------------------------------------------------------------------

April 22, 2020

Hala Tuju Normal Baharu Pendidikan

#COVID19 mengubah kelaziman dan mendorong ke arah era normal baharu. Bagaimana pendekatan Kementerian Pendidikan untuk pastikan tiada terpinggir, tiada tercicir dan akses pendidikan berkualiti saksama di seluruh Malaysia?

April 15, 2020

Sidang Media Menteri Kanan Pendidkan Berkaitan Pelan Tindakan Pasca PKP..

Assalamualaikum wbt
Berikut dilampirkan teks ucapan Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan berkaitan Pelan Tindakan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 15 April 2020 untuk makluman semua.
Sekian, terima kasih

March 17, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga Sekolah, Ibubapa /Penjaga SMK UNDANG REMBAU yang di Hormati dan dikasihi.
PENUTUPAN SEKOLAH SMK UNDANG REMBAU (URESS) EKORAN PENULARAN WABAK COVID19:

February 16, 2020

Soalan Latih Tubi Cemerlang Program F1 : Genius Prinsip Perakaunan 2020

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 5 Al-Jazari dan 5 Al-Bukhary yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan , sila muat turun soalan di bawah sebagai lati tubi untuk persediaan Kelas Tuesyen Program F1: Genius Prinsip Perakaunan nanti.
        Istilah-istilah terkini dalam Prinsip Perakaunan :
Istilah terkini
Istilah lama
Pengiktirafan hasil dan belanja
Asas perakaunan akru
Prinsip Kos
Kos Sejarah
Entiti Perniagaan
Bentuk Organisasi
Penyata Kedudukan Kewangan
Kunci Kira-kira
Hasil Operasi
Hasil Kendalian
Hasil bukan operasi
Hasil bukan kendalian
Catatan Kontra
Akaun Kontra
Akaun belum terima
Penghutang
Akaun belum bayar
Pemiutang
Akaun kawalan belum terima
Akaun Kawalan Penghutang
Akaun kawalan belum bayar
Akaun Kawalan pemiutan
Inventori
Stok
Belum terperoleh
Hasil terdahulu
Belum terima
Hasil terakru
Prabayar
Belanja terdahulu
Belum bayar
Belanja terakru

"Hendak Maju Berusaha"
.
Sekian, terimakasih.

QR Code Bahan Rujukan Guru URESS

February 9, 2020

February 8, 2020

WAYS : Walking Around Your School

WAYS adalah akronim yang bermaksud "Walking Around Your School" atau berjalan sekeliling kawasan sekolah anda. Ia adalah sama sebagai suatu penyeliaan atau pemantauan sekeliling kawasan kawalan masing-masing. Pengurusan secara ini mempunyai persamaan dengan model pengurusan "Management By Walking About (MBWA), Management By Walking Around (MBWA) dan Management By Walking Around And Listening (MBWAL)".

Kaedah WAYS memberi peluang kepada pentadbir melihat sendiri, mendengar dan belajar sesuatu dari orang yang melaksanakan tugas yang ditetapkan. Dengan itu, pentadbir dapat membuat keputusan dengan cepat dan tepat terhadap sesuatu masalah yang dihadapinya. Prinsip WAYS adalah seperti berikut:
 a) Lakukan kepada semua orang bawahan kita.
b) Lakukan sekerap yang mungkin bagi membolehkan kita berhubung dengan semua orang bawahan kita.
c) Lakukan seorang diri supaya hubungan kita lebih akrab dan jujur dalam mendapatkan sebarang maklumat.
d) Tidak cepat terpengaruh dengan komen negatif tentang seseorang.
e)Banyak bertanya untuk mengetahui sejauh mana tugas dijalankan secara jujur. Pertanyaan biarlah dengan kaedah ingin belajar.
f) Lihat dan dengar. Kita dapat melihat reaksi mereka ketika bercakap dan ini memberi peluang kepada kita setakat manakah minat dan motovasi mereka terhadap kerja.
g) Kongsi visi dan misi kita bersama-sama mereka. Tanyakan juga visi mereka dan sama-sama mempengaruhi mereka ke arah visi dan misi organisasi.
h) Cuba lakukan tugas mereka dengan membantu menunjukkan cara melakukan sesuatu tugas dengan lebih baik.
i) Bawakan berita-berita baik seperti pujian terhadap tugas-tugas yang boleh dilaksanakan.
j) Berjenaka supaya orang bawahan dapat bekerja dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak dalam keadaan tegang.
k) Lihat kepada kejayaan yang telah dilakukan. Secara spontan berikan penghargaan ke atas kejayaan cemerlang yang diberikan.
l) Jangan terlalu kritikal. Tegur secara baik sesuatu kesalahan yang dilakukan si tempat yang sesuai.


OBJEKTIF :
1. Membantu pemimpin-pemimpin di semua peringkat membuat pemantauan menyeluruh ke atas program  secara berterusan.
2. Mewujudkan suasana bekerja yang menyeronokkan.
3. Membantu sesebuah organisasi mencapai objektifnya dan meningkatkan prestasi organisasi tersebut ke tahap yang lebih tinggi.
4. Mewujudkasn suasana saling belajar di antara satu dengan yang lain.
5. Meningkatkan kemahiran memimpin yang efektif dalam proses penambahbaikan prestasi organisasi secara berterusan.

[Bahan rujukan : http://cputsungai.blogspot.com ]

January 24, 2020

Pelancaran Program Jalinan Kasih Murid KRK

21 Jan 2020 | Selasa
Pelancaran Program Jalinan Kasih Murid KRK bersama Barisan Pengurusan..
Atur cara program :
11.00 pagi: Murid KRK berkumpul di Dewan A
11.10 pagi: Ketibaan Tn Pengetua dan pihak pengurusan sekolah
11.15 pagi: Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis

               : Bacaan Doa
11.20 pagi: Ucaptama Tn. Pengetua
11.40 tgh : Amanat Bekas Pelajar Batch Pertama KRK UReSS, En Mohammad bin Said 
merangkap PK Pentadbiran SMK Undang Rembau
12.00 tgh:Taklimat Penyelaras Projek F1 Genius KRK oleh Pn.Shaharatul Iza binti Mohd Yusop
12.15 tgh : Pengumuman Organisasi Murid KRK 2020
12.25 tgh : Lafaz ikrar dipimpin oleh Pengerusi Murid KRK 2020
12.30 tgh : Bersurai
.
"Hendak Maju Berusaha.."
.
Thank You Allah.

Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Tahun 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir, KPM  menerbitkan Buku Panduan Pengurusan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral serta Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 2019. 
  1.  pdfBuku Panduan _MP_BI (1.70 MB)
  2.  pdfBuku Panduan_MP_Sejarah (1.49 MB)
  3.  pdfBuku Panduan_MP_PJPK (1.74 MB)
  4.  pdfBuku Panduan_MP PMoral (2.03 MB)
  5.  pdfBuku Panduan _MP_RBT (1.53 MB)
Sila klik untuk muat turun

January 14, 2020

Kunjungan Mesra PK Kokurikulum SMKDUHA

13.01.2020 | Isnin
Kunjungan mesra, En. Mohd Norzri bin Nordin, PK Ko-Kurikulum SMKDUHA, ke URESS .Terima kasih En. Mohd Nozri di atas kunjungan tuan..Semoga hubungan  URESS dan DUHA terjalinan erat.


January 12, 2020

Google Form : Instrumens Pemantauan PdPc Standard 4 SKPMg2

Mulai tahun 2020 , Instrumen Pencerapan PdPc Standard 4 SKPMg2 akan menggunakan aplikasi Google Form bertepatan dengan arus teknologi masa kini..Dengan Motto : Senang , Mudah dan Cepat..


January 10, 2020

Kejohanan Merentas Desa URESS tahun 2020

10 Januari 2020 | Jumaat
Kejohanan Merentas Desa URESS tahun 2020 -
Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas Desa ini merupakan acara tahunan di sekolah menengah malahan merupakan sukan amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada semua murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

January 9, 2020

Program Membudayakan Budaya Membaca

08.01.2020 | Rabu
Program Reading Session  diadakan setiap hari dari jam 7.20 pagi hingga 7.40 pagi bagi tujuan memberi pendedahan terhadap tabiat membaca dikalangan warga URESS.

January 5, 2020

Progam Back to School

02.01.2020 | Khamis
Program Hari Pertama Persekolahan Back to School bersama PDRM..
Ucaptamar disampaikan oleh OCPD Anuar Bakri b. Abdul Salam, Ketua Polis Daerah Rembau.


Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top