picasion.com
-------------------------------------------------------------------------------

September 27, 2025

Pesanan Ayahmu: Fikir Agama, Fikir Selamat........

 Pesan Ayahmu: Fikir Agama, Fikir Selamat..

Wahai anakku,
Dunia ini luas, penuh warna dan suara,
tapi tidak semua indah membawa bahagia.
Ada yang memukau mata,
namun menyesatkan jiwa.
Ayah tak mampu ikut setiap langkahmu,
tapi ayah ingin kau bawa satu bekal:
- fikir agama sebelum kau fikir dunia.
Kerana agama itu cahaya,
yang menuntun akal agar tidak buta.
Fikir agama,
bukan bermakna kau menolak kemajuan,
tapi kau menimbang dengan iman,
kau bertanya: _“Apakah ini diredhai Tuhan?”

Wahai anakku,
Akal tanpa agama ibarat pedang tanpa arah...tajam, tapi mudah melukai.
Namun bila akal tunduk pada wahyu....
Ia menjadi alat membina, bukan merobohkan.
Jangan kau biarkan dunia mengajar hatimu,
biarlah agama yang mendidik fikiranmu.
Kerana yang berfikir dengan iman...
Akan hidup dengan tenang,
dan mati dengan harapan..

-Ayahanda Orang Kampung-


Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top