picasion.com
-------------------------------------------------------------------------------

September 27, 2025

Pesan Sang Ayah : Dunia Ini Ibarat Matematik

 Pesan Sang Ayah : Dunia Ini Ibarat Matematik

Wahai anakku,
Dunia ini ibarat matematik—
penuh kiraan, penuh logik.
Ada tambah, ada tolak,
ada darab yang mempercepat,
ada bahagi yang memecah.
Begitulah hidupmu nanti akan diuji dengan soalan yang tak selalu ada jawapan pasti.
Kadang kau perlu cuba berkali-kali, sebelum kau temui nilai diri.
Wahai anakku..
Jangan takut pada kesilapan,
kerana seperti algebra,
kesalahan adalah sebahagian dari jalan penyelesaian.
Ingatlah,
iman itu seperti nombor tetap - konstan.
Ia tak berubah walau dunia bergoncang.
Dan sahabat yang soleh,
ibarat pemboleh ubah yang membawa hasil yang baik,
bukan yang mengacau sistem hidupmu..
Wahai anakku..
Jika kau keliru,
rujuklah formula dari Al-Quran,
kerana ia tak pernah salah,
tak pernah berubah oleh zaman.
Dan jika dunia terasa seperti persamaan yang rumit,
pecahlah ia dengan sabar,
dan selesaikan dengan doa.
.
Adab Dulu Baru Ilmu..
Anak Yang Baik Mendengar Kata..
Hendak Maju, Berusaha..
~Ayahanda Orang Kampung.~


Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top