picasion.com
-------------------------------------------------------------------------------

September 27, 2025

Subuh Berjemaah: Langkah Kecil, Ganjaran Besar..

 Pesanan untuk anakku..

Subuh Berjemaah: Langkah Kecil, Ganjaran Besar..
Wahai anakku..
Ketika dunia masih sunyi dan gelap, ada jiwa-jiwa yang bangkit menuju cahaya.
Mereka melangkah ke masjid bukan kerana mudah, tetapi kerana cinta kepada Tuhan melebihi rasa mengantuk dan selimut yang hangat.
Wahai anakku..
Solat Subuh berjemaah adalah bukti keikhlasan...
Ia bukan sekadar ibadah, tetapi tanda bahawa kita sanggup mendahulukan akhirat daripada keselesaan dunia...
Wahai anakku..
Masjid menjadi saksi bagi setiap langkahmu ke sana direkod oleh malaikat, setiap sujudmu menjadi bukti cinta, dan setiap salammu menjadi doa yang mengalir ke langit.
Rasulullah SAW bersabda:
"Berikanlah khabar gembira kepada mereka yang berjalan ke masjid dalam kegelapan malam, bahawa mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat."_
_(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)_
Wahai anakku..
Masjid bukan hanya tempat solat. Ia adalah tempat kita membina kekuatan rohani, menyucikan hati, dan menyatukan ummah.
- Di masjid, kita belajar tunduk.
- Di masjid, kita belajar sabar.
- Di masjid, kita belajar bahawa kita tidak sendiri.
Wahai anakku....
Bangkitlah untuk Solat Subuh berjemaah..
Kerana dalam setiap langkahmu ke masjid, ada rahmat yang turun, ada dosa yang gugur, dan ada cahaya yang sedang menanti di akhirat...

Copyright© All Rights Reserved PK Pentadbiran URESS|Mohammad Bin Said|02.01.2020|Hendak Maju Berusaha|
Back to top