Pesan Ayah: Pilihlah Sahabat yang Membawamu ke Syurga....
Dalam hidupmu kelak, kau akan bertemu ramai orang.
Ada yang datang membawa cahaya,
ada pula yang meninggalkan bayang-bayang kelam.
Wahai anakku...
Ayah ingin kau ingat satu perkara -
Sahabat yang baik bukan sekadar teman ketawa,
tetapi dia yang mengingatkanmu saat kau lupa,
menegurmu saat kau tersasar,
dan mendoakanmu dalam diam...
Wahai anakku..
Carilah sahabat yang soleh,
yang cintanya kepada Allah lebih besar daripada cintanya padamu...
Kerana sahabat seperti itu akan menarikmu ke arah kebaikan,
bukan membiarkanmu tenggelam dalam keseronokan yang sementara.
Wahai anakku..
Jangan tertipu dengan wajah yang manis,tapi kosong dari amal.
Jangan terpesona dengan kata-kata indah,
tapi jauh dari zikir dan solat...
Ingatlah, wahai anakku...
Sahabat yang soleh adalah cermin, yang memantulkan siapa dirimu....
dan membantumu menjadi lebih baik..
Jika kau temui sahabat seperti itu, jangan lepaskan...
Kerana dia bukan sekadar teman di dunia,
tetapi juga peneman menuju akhirat.